CLICK HERE »
INI ADALAH HASIL CIKGU SEKOLAH RENDAH....
100% HASIL SECARA BERKUMPULAN. HASIL PENAT LELAH BERSAMA

Thursday 26 April 2012

Aktiviti Individu ~ Aktiviti 2

Ini adalah soalan interaktif yang dapat membantu menilai kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran  Aktiviti ini sesuai dilaksanakan semasa langkah 2 (Sila rujuk RPH)

Aktiviti 2

Wednesday 25 April 2012

Aktiviti Kumpulan ~ Aktiviti 3

Lembaran untuk aktiviti berkumpulan.
Sila rujuk Langkah 3 pada Rancangan pengajaran Harian

Tuesday 24 April 2012

Bank Soalan Bahasa Malaysia Tahun 2

Selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, kita perlukan penilaian untuk mengenalpasti kelemahan murid-murid agar pencapaiannya dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. justeru itu, Cikgu Pen Merah ingin berkongsi beberapa pautan yang dapat membantu.







Monday 23 April 2012

SOALAN PEPERIKSAAN PENULISAN BM TAHUN 2

Kali ni cikgu pen merah ingin berkongsi soalan-soalan Bahasa Malaysia Tahun 2 yang boleh digunakan sebagai penilaian.
Terima kasih untuk Cikgu Pak Long atas link ini.
Soalan Bahasa melayu k2 tahun 2

Tuesday 17 April 2012

Apa itu Digraf dan Konsonan Bergabung





Entry sebelum ini Cikgu Pen Merah dah berkongsi nota tentang VOKAL BERGANDING dan DIFTONG

jadi kali ini NOTA GURU ~ CIKGU PEN MERAH akan membantu anda untuk mempelajari apa itu 
DIGRAF dan KONSONAN BERGABUNG


Jika dirujuk pada Rancangan Pengajaran Harian yang Cikgu Pen Merah sediakan,

Standart Pembelajaran: 
2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua 

atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung 

dengan sebutan yang betul.


DIGRAF ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap.

Elemen digraf (gabungan konsonan) "kh" (khas, akhir, tarikh), "ng" (ngaum, bengang, menang), "ny"(nyiru, tanya), "sy(syurga, kusyuk, skuasy), "gh" (ghazal, baligh), dan lain-lain

Berikut adalah beberapa bahan tambahan untuk anda.


bbm kemahiran 30 konsonan bergabung


dan beberapa contoh latihan:


lembaran kerja kemahiran 30 konsonan bergabung

Monday 16 April 2012

Apa Itu Vokal Berganding Dan Diftong

Jika dirujuk pada Rancangan Pengajaran Harian yang Cikgu Pen Merah sediakan,

Standart Pembelajaran: 
2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua 
atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, difgraf dan konsonan bergabung 
dengan sebutan yang betul.

Justeru itu, kali ini CIKGU PEN MERAH akan membantu anda untuk mempelajari apa itu 
vokal berganding dan diftong.


Cikgu Pen Merah berkongsi artikel dari Portal Pendidikan Utusan



ditulis Oleh MUHAMMED SALLEHUDIN AMAN.



Bagaimanakah anda membunyikan (menyebut) perkataan meterai dan mulai? 
(a) me. te. rai 
(b) me. te. ra. i 
(c) mu. lai 
(d) mu. la. i 
Jika anda memilih jawapan (a) dan (c) bermakna dua huruf vokal ai yang segugus dalam suku kata akhir perkataan-perkataan itu ialah diftong; maka bunyi diftong ai [ ai ] yang dilafazkan. Jikalau jawapan anda (b) dan (d), maka huruf vokal ai dalam suku kata akhir kata meterai dan mulai itu ialah vokal rangkap.

Diftong:

  1. gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
  2. terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
  3. dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem.  Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 
  4. Terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi. 
  5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga  cara membunyikan diftong au, dan oi. 



* Berdasarkan penelitian terhadap kamus, diftong ai merupakan yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara contohnya:


  • Aidilfitri 
  • baiduri 
  • meterai
  • Aidiladha 
  • syaitan
  • landai
  • aising 
  • zaitun 
  • tapai

vokal rangkap:  perkataan-perkataan seperti dimulai, disukai, dihargai, memurkai, mengurniai, dan menganiayai. Vokal ai dalam kesemua perkataan tersebut merupakan vokal rangkap. Huruf vokal “i” dalam gandingan “ai” itu ialah akhiran “i”. Oleh itu, gugus “ai” dalam suku kata akhir perkataan-perkataan tersebut bukanlah diftong ai.


Contoh perkataan:

  • air,
  • aur,
  • ajaib,
  • daun,
  • mulai,
  • gaun,
  • dan eksploit. 

vokal itu dapat berdiri sendiri secara terasing. Hal ini dapat diperhatikan apabila kita pecahkan perkataan-perkataan itu menjadi suku kata, iaitu: 

a.ir a.ur a.ja.ib da.un ...dan seterusnya.

Sebagai kesimpulannya, deretan vokal itu ialah kewujudan dua bunyi vokal secara berurutan dalam perkataan, dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Deretan vokal itu dinamai huruf vokal rangkap. Antara contoh adalah:

ai: aiskrim cair ghaib sains
au: taun maung kedaung pepauh
oi: koir heroin eksploit eksploitasi
ia: biara piagam sia-sia pianggang
io: ion biola antibiotik Zionis
iu: cium kiub siuman piutang
ua: buai buapak dualisme kuarantin
ui: juita puisi tuil suis
ea: bea gear teater reaktor
eo: neon video geometri ideologi
eu: neurologi neutral neutron reumatik

Dengan  mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu dengan betul lagi tepat.


Selain itu mari kita belajar dengan lebih mendalam lagi apa itu DIFTONG

Bunyi diftong

Thursday 12 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 2

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran

Wednesday 11 April 2012

Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia Tahun 2

Berikut adalah RPT Bahasa Malaysia Tahun 2
berdasarkan Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR)


Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia SK Tahun 2 KSSR 2012

Tuesday 10 April 2012

Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 2

Sebagai rujukan untuk para guru yang mengajar Bahasa Malaysia Tahun 2.
Cikgu Pen Merah menyediakan ruangan untuk anda memuat turun 


sebagai panduan untuk anda.

~Selamat Mengajar Kawan-kawan~

Standart Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 2

Anda inginkan Standart Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 2 sebagai panduan untuk membina  Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)  dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)?



Anda juga boleh dapatkan Standart Kurikulum KSSR di Pusat Perkembangan Kurikulum