CLICK HERE »
INI ADALAH HASIL CIKGU SEKOLAH RENDAH....
100% HASIL SECARA BERKUMPULAN. HASIL PENAT LELAH BERSAMA

Sunday, 25 November 2012

Agihan Tugas



Kami pelajar KPD 3026 ~PPGUSM KOTA BHARU telah dipertanggung-jawabkan untuk menghasilkan rakaman video untuk modul atas talian secara berkumpulan. Berikut dinyatakan secara terperinci bahan yang disediakan oleh setiap ahli kumpulan.

Kumpulan: Cikgu Pen Merah (http://cikgupemerah.blogspot.com)

Setiap ahli sangat komited dan memberikan kerjasama yang sangat optimum.




Storyboard Rakaman Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan Cikgu Pen Merah



Saturday, 24 November 2012

Video Pengajaran Dan Pembelajaran Cikgu Pen Merah

Video aktiviti pengajaran dan pembelajaran 15 minit
Matapelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2 (KSSR)

Saturday, 19 May 2012

Tugasan PPGUSM KPD3016

Kami pelajar KPD 3061 ~PPGUSM KOTA BHARU telah dipertanggung-jawabkan untuk membina modul atas talian secara berkumpulan. Berikut dinyatakan secara terperinci bahan yang disediakan oleh setiap ahli kumpulan.

Kumpulan: Cikgu Pen Merah (http://cikgupemerah.blogspot.com)


(sila klik pada gambar untuk melihat hasil kerja setiap ahli)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA (KSSR) TAHUN 2




RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MALAYSIA
KSSR

TAHUN 2
 
  
Tarikh               :    26 Mac 2012
Masa                :    60 minit
Tahun               :    2 Bijak
Mata Pelajaran :    Bahasa Malaysia
Tema                :    Alam Sekitar
Tajuk                :     Habitat Haiwan

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
2.1       Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
           
            Aras 2
           
                        i.          Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan
                                    sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan:
5.1        Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan 
    memahami perkara yang dibaca.

Aras 1
iii.             Memahami perkataan, frasa dan ayat.

Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

Standard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasadalam ayat yang mengandungi
perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul

Standard Prestasi :     B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungi diftong,vokal

 Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1.    Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di kedua-duanya.
2.    Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.

Kemahiran bahasa : Lisan dan Membaca

Sistem Bahasa:
Tatabahasa:  Morfologi
-       Kata Nama

Pengisian Kurikulum:
           Ilmu  -  Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik
           Nilai  -  Kerjasama
                     -  Berdisiplin

Kemahiran Bernilai Tambah:
-          Kemahiran Berfikir
-          Kecerdasan Pelbagai

Elemen Kerentas Kurikulum : Kreativiti

Kosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.


Langkah/
Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran

Catatan

( 5 minit )
Beberapa bunyi haiwan dimainkan oleh guru
-kucing
-ayam
-kuda
-burung

.
1.Murid meneka beberapa bunyi haiwan yang dimainkan oleh guru.






KBT:
Kemahiran Berfikir
(20 minit)
Slaid Habitat Haiwan

-Haiwan yang hidup di darat.

-Haiwan yang hidup di dalam air.

-Haiwan yang boleh hidup di darat dan di dalam air.

1. Murid dikehendaki melihat paparan slaid yang telah disediakan oleh guru.

2.Ketika slaid ditayangkan, guru menyoal beberapa soalan-soalan mudah kepada murid untuk memastikan tahap kefahaman murid.

3.Setelah selesai melihat slaid, secara berpasangan murid diminta untuk menceritakan tentang slaid yang telah ditayangkan iaitu berkenaan ‘Habitat Haiwan’.

BBM: paparan slaid ,PPT

 

KBT:

Kecerdasan pelbagai

- Verbal linguistik


BCB :

Kemahiran

Lisan

Kemahiran
Berfikir:
-Menilai dan mentaksir


(10 minit)
1.Murid membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul .

2.Guru membimbing murid membaca dengan betul.

3.Murid menjawab soalan-soalan yang disediakan guru.





1.Guru membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid.

2.Kemudian guru memilih seorang  murid untuk membaca kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut.

3.Aktiviti ini diteruskan dengan memilih murid yang lain untuk membaca secara kuat dan rakan-rakan lain perlu mengikutnya.

4.Setelah selesai aktiviti membaca, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan.

BBM:

- paparan slaid,

    PPT


BCB:
-Kemahiran bacaan mekanis
-Kemahiran mencari maklumat




(20 minit)
1.Murid mengelaskan haiwan mengikut habitatnya di dalam petak yang telah disediakan.

2.Murid melukis dan mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

3.Guru memberi bimbingan dan memantau aktiviti murid.

1.Guru mengedarkan kertas yang mengandungi  petak-petak  darat sahaja, air sahaja serta darat dan air.


2.Murid diminta untuk memenuhkan petak-petak tersebut dengan melukis gambar haiwan mengikut habitatnya.

3.Kemudian, murid dikehendaki mewarnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

BBM:

KBT:
Spatial dan ruang

Penutup
(5minit)
Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru.
1. Murid dibimbing merumuskan perkara yang dipelajari.

2.Murid menyenaraikan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.

3.Murid menyayikan lagu yang telah disediakan bersama-sama guru
BBM: 

Nilai Murni:
Cintai dan sayangi haiwan.

KBT:
Muzik

Nota Tambahan:
 Terdapat beberapa aktiviti tambahan yang disediakan. Sekiranya perlu aktiviti-aktiviti tambahan ini boleh digunakan mengikut kesesuaian. Oleh itu kita boleh memilih beberapa aktiviti sokongan yang sesuai.

Sila ke: 

Anda juga boleh memuat turun Rancangan Pengajaran harian ini dalam bentuk SCRIBD (klik sini)


Friday, 18 May 2012

Power Point Habitat Haiwan

Power point ini dihasilkan untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah di sediakan (klik sini untuk RPH)
Habitat haiwan
View more presentations from cikgupenmerah.

Friday, 11 May 2012

Lagu Saya Ada kuda