CLICK HERE »
INI ADALAH HASIL CIKGU SEKOLAH RENDAH....
100% HASIL SECARA BERKUMPULAN. HASIL PENAT LELAH BERSAMA

Monday, 16 April 2012

Apa Itu Vokal Berganding Dan Diftong

Jika dirujuk pada Rancangan Pengajaran Harian yang Cikgu Pen Merah sediakan,

Standart Pembelajaran: 
2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua 
atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, difgraf dan konsonan bergabung 
dengan sebutan yang betul.

Justeru itu, kali ini CIKGU PEN MERAH akan membantu anda untuk mempelajari apa itu 
vokal berganding dan diftong.


Cikgu Pen Merah berkongsi artikel dari Portal Pendidikan Utusan



ditulis Oleh MUHAMMED SALLEHUDIN AMAN.



Bagaimanakah anda membunyikan (menyebut) perkataan meterai dan mulai? 
(a) me. te. rai 
(b) me. te. ra. i 
(c) mu. lai 
(d) mu. la. i 
Jika anda memilih jawapan (a) dan (c) bermakna dua huruf vokal ai yang segugus dalam suku kata akhir perkataan-perkataan itu ialah diftong; maka bunyi diftong ai [ ai ] yang dilafazkan. Jikalau jawapan anda (b) dan (d), maka huruf vokal ai dalam suku kata akhir kata meterai dan mulai itu ialah vokal rangkap.

Diftong:

  1. gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
  2. terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
  3. dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem.  Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 
  4. Terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi. 
  5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga  cara membunyikan diftong au, dan oi. 



* Berdasarkan penelitian terhadap kamus, diftong ai merupakan yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara contohnya:


  • Aidilfitri 
  • baiduri 
  • meterai
  • Aidiladha 
  • syaitan
  • landai
  • aising 
  • zaitun 
  • tapai

vokal rangkap:  perkataan-perkataan seperti dimulai, disukai, dihargai, memurkai, mengurniai, dan menganiayai. Vokal ai dalam kesemua perkataan tersebut merupakan vokal rangkap. Huruf vokal “i” dalam gandingan “ai” itu ialah akhiran “i”. Oleh itu, gugus “ai” dalam suku kata akhir perkataan-perkataan tersebut bukanlah diftong ai.


Contoh perkataan:

  • air,
  • aur,
  • ajaib,
  • daun,
  • mulai,
  • gaun,
  • dan eksploit. 

vokal itu dapat berdiri sendiri secara terasing. Hal ini dapat diperhatikan apabila kita pecahkan perkataan-perkataan itu menjadi suku kata, iaitu: 

a.ir a.ur a.ja.ib da.un ...dan seterusnya.

Sebagai kesimpulannya, deretan vokal itu ialah kewujudan dua bunyi vokal secara berurutan dalam perkataan, dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Deretan vokal itu dinamai huruf vokal rangkap. Antara contoh adalah:

ai: aiskrim cair ghaib sains
au: taun maung kedaung pepauh
oi: koir heroin eksploit eksploitasi
ia: biara piagam sia-sia pianggang
io: ion biola antibiotik Zionis
iu: cium kiub siuman piutang
ua: buai buapak dualisme kuarantin
ui: juita puisi tuil suis
ea: bea gear teater reaktor
eo: neon video geometri ideologi
eu: neurologi neutral neutron reumatik

Dengan  mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu dengan betul lagi tepat.


Selain itu mari kita belajar dengan lebih mendalam lagi apa itu DIFTONG

Bunyi diftong

6 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mujur cikgu buat nota ni..senang nk tolong ank buat homework..sy lupa dah maksud diftong..digraf ni semua

laila indah said...

alhamdulillah, sgt membantu. terima kasih cikgu.

stalonez said...

Terima kasih guru2 laman ini, skrg saya dapat membantu anak mengulangkaji dan memahami dgn mendalam lagi

rafeah jalil said...

Terima kasih kerana blog ini membantu saya menyiapkan homework anak semalam. tk

Checa @ Aishah said...

terima kasih la cikgu.... rasanya zaman saya dulu tak ada benda ni. nasib baik ada alat2 canggih mcm ni. boleh gak tolong anak buat kerja sekolah.

atokie said...

terima kasih cikgu.. jasamu tetap dikenang