CLICK HERE »
INI ADALAH HASIL CIKGU SEKOLAH RENDAH....
100% HASIL SECARA BERKUMPULAN. HASIL PENAT LELAH BERSAMA
Showing posts with label Nota Guru. Show all posts
Showing posts with label Nota Guru. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA (KSSR) TAHUN 2




RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MALAYSIA
KSSR

TAHUN 2
 
  
Tarikh               :    26 Mac 2012
Masa                :    60 minit
Tahun               :    2 Bijak
Mata Pelajaran :    Bahasa Malaysia
Tema                :    Alam Sekitar
Tajuk                :     Habitat Haiwan

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
2.1       Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
           
            Aras 2
           
                        i.          Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan
                                    sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan:
5.1        Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan 
    memahami perkara yang dibaca.

Aras 1
iii.             Memahami perkataan, frasa dan ayat.

Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

Standard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasadalam ayat yang mengandungi
perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul

Standard Prestasi :     B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungi diftong,vokal

 Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1.    Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di kedua-duanya.
2.    Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.

Kemahiran bahasa : Lisan dan Membaca

Sistem Bahasa:
Tatabahasa:  Morfologi
-       Kata Nama

Pengisian Kurikulum:
           Ilmu  -  Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik
           Nilai  -  Kerjasama
                     -  Berdisiplin

Kemahiran Bernilai Tambah:
-          Kemahiran Berfikir
-          Kecerdasan Pelbagai

Elemen Kerentas Kurikulum : Kreativiti

Kosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.


Langkah/
Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran

Catatan

( 5 minit )
Beberapa bunyi haiwan dimainkan oleh guru
-kucing
-ayam
-kuda
-burung

.
1.Murid meneka beberapa bunyi haiwan yang dimainkan oleh guru.






KBT:
Kemahiran Berfikir
(20 minit)
Slaid Habitat Haiwan

-Haiwan yang hidup di darat.

-Haiwan yang hidup di dalam air.

-Haiwan yang boleh hidup di darat dan di dalam air.

1. Murid dikehendaki melihat paparan slaid yang telah disediakan oleh guru.

2.Ketika slaid ditayangkan, guru menyoal beberapa soalan-soalan mudah kepada murid untuk memastikan tahap kefahaman murid.

3.Setelah selesai melihat slaid, secara berpasangan murid diminta untuk menceritakan tentang slaid yang telah ditayangkan iaitu berkenaan ‘Habitat Haiwan’.

BBM: paparan slaid ,PPT

 

KBT:

Kecerdasan pelbagai

- Verbal linguistik


BCB :

Kemahiran

Lisan

Kemahiran
Berfikir:
-Menilai dan mentaksir


(10 minit)
1.Murid membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul .

2.Guru membimbing murid membaca dengan betul.

3.Murid menjawab soalan-soalan yang disediakan guru.





1.Guru membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid.

2.Kemudian guru memilih seorang  murid untuk membaca kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut.

3.Aktiviti ini diteruskan dengan memilih murid yang lain untuk membaca secara kuat dan rakan-rakan lain perlu mengikutnya.

4.Setelah selesai aktiviti membaca, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan.

BBM:

- paparan slaid,

    PPT


BCB:
-Kemahiran bacaan mekanis
-Kemahiran mencari maklumat




(20 minit)
1.Murid mengelaskan haiwan mengikut habitatnya di dalam petak yang telah disediakan.

2.Murid melukis dan mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

3.Guru memberi bimbingan dan memantau aktiviti murid.

1.Guru mengedarkan kertas yang mengandungi  petak-petak  darat sahaja, air sahaja serta darat dan air.


2.Murid diminta untuk memenuhkan petak-petak tersebut dengan melukis gambar haiwan mengikut habitatnya.

3.Kemudian, murid dikehendaki mewarnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

BBM:

KBT:
Spatial dan ruang

Penutup
(5minit)
Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru.
1. Murid dibimbing merumuskan perkara yang dipelajari.

2.Murid menyenaraikan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.

3.Murid menyayikan lagu yang telah disediakan bersama-sama guru
BBM: 

Nilai Murni:
Cintai dan sayangi haiwan.

KBT:
Muzik

Nota Tambahan:
 Terdapat beberapa aktiviti tambahan yang disediakan. Sekiranya perlu aktiviti-aktiviti tambahan ini boleh digunakan mengikut kesesuaian. Oleh itu kita boleh memilih beberapa aktiviti sokongan yang sesuai.

Sila ke: 

Anda juga boleh memuat turun Rancangan Pengajaran harian ini dalam bentuk SCRIBD (klik sini)


Tuesday, 17 April 2012

Apa itu Digraf dan Konsonan Bergabung





Entry sebelum ini Cikgu Pen Merah dah berkongsi nota tentang VOKAL BERGANDING dan DIFTONG

jadi kali ini NOTA GURU ~ CIKGU PEN MERAH akan membantu anda untuk mempelajari apa itu 
DIGRAF dan KONSONAN BERGABUNG


Jika dirujuk pada Rancangan Pengajaran Harian yang Cikgu Pen Merah sediakan,

Standart Pembelajaran: 
2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua 

atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung 

dengan sebutan yang betul.


DIGRAF ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap.

Elemen digraf (gabungan konsonan) "kh" (khas, akhir, tarikh), "ng" (ngaum, bengang, menang), "ny"(nyiru, tanya), "sy(syurga, kusyuk, skuasy), "gh" (ghazal, baligh), dan lain-lain

Berikut adalah beberapa bahan tambahan untuk anda.


bbm kemahiran 30 konsonan bergabung


dan beberapa contoh latihan:


lembaran kerja kemahiran 30 konsonan bergabung

Monday, 16 April 2012

Apa Itu Vokal Berganding Dan Diftong

Jika dirujuk pada Rancangan Pengajaran Harian yang Cikgu Pen Merah sediakan,

Standart Pembelajaran: 
2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua 
atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, difgraf dan konsonan bergabung 
dengan sebutan yang betul.

Justeru itu, kali ini CIKGU PEN MERAH akan membantu anda untuk mempelajari apa itu 
vokal berganding dan diftong.


Cikgu Pen Merah berkongsi artikel dari Portal Pendidikan Utusan



ditulis Oleh MUHAMMED SALLEHUDIN AMAN.



Bagaimanakah anda membunyikan (menyebut) perkataan meterai dan mulai? 
(a) me. te. rai 
(b) me. te. ra. i 
(c) mu. lai 
(d) mu. la. i 
Jika anda memilih jawapan (a) dan (c) bermakna dua huruf vokal ai yang segugus dalam suku kata akhir perkataan-perkataan itu ialah diftong; maka bunyi diftong ai [ ai ] yang dilafazkan. Jikalau jawapan anda (b) dan (d), maka huruf vokal ai dalam suku kata akhir kata meterai dan mulai itu ialah vokal rangkap.

Diftong:

  1. gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
  2. terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
  3. dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem.  Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 
  4. Terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi. 
  5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga  cara membunyikan diftong au, dan oi. 



* Berdasarkan penelitian terhadap kamus, diftong ai merupakan yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara contohnya:


  • Aidilfitri 
  • baiduri 
  • meterai
  • Aidiladha 
  • syaitan
  • landai
  • aising 
  • zaitun 
  • tapai

vokal rangkap:  perkataan-perkataan seperti dimulai, disukai, dihargai, memurkai, mengurniai, dan menganiayai. Vokal ai dalam kesemua perkataan tersebut merupakan vokal rangkap. Huruf vokal “i” dalam gandingan “ai” itu ialah akhiran “i”. Oleh itu, gugus “ai” dalam suku kata akhir perkataan-perkataan tersebut bukanlah diftong ai.


Contoh perkataan:

  • air,
  • aur,
  • ajaib,
  • daun,
  • mulai,
  • gaun,
  • dan eksploit. 

vokal itu dapat berdiri sendiri secara terasing. Hal ini dapat diperhatikan apabila kita pecahkan perkataan-perkataan itu menjadi suku kata, iaitu: 

a.ir a.ur a.ja.ib da.un ...dan seterusnya.

Sebagai kesimpulannya, deretan vokal itu ialah kewujudan dua bunyi vokal secara berurutan dalam perkataan, dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Deretan vokal itu dinamai huruf vokal rangkap. Antara contoh adalah:

ai: aiskrim cair ghaib sains
au: taun maung kedaung pepauh
oi: koir heroin eksploit eksploitasi
ia: biara piagam sia-sia pianggang
io: ion biola antibiotik Zionis
iu: cium kiub siuman piutang
ua: buai buapak dualisme kuarantin
ui: juita puisi tuil suis
ea: bea gear teater reaktor
eo: neon video geometri ideologi
eu: neurologi neutral neutron reumatik

Dengan  mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu dengan betul lagi tepat.


Selain itu mari kita belajar dengan lebih mendalam lagi apa itu DIFTONG

Bunyi diftong

Thursday, 12 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 2

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran

Wednesday, 11 April 2012

Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia Tahun 2

Berikut adalah RPT Bahasa Malaysia Tahun 2
berdasarkan Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR)


Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia SK Tahun 2 KSSR 2012

Tuesday, 10 April 2012

Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 2

Sebagai rujukan untuk para guru yang mengajar Bahasa Malaysia Tahun 2.
Cikgu Pen Merah menyediakan ruangan untuk anda memuat turun 


sebagai panduan untuk anda.

~Selamat Mengajar Kawan-kawan~

Standart Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 2

Anda inginkan Standart Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 2 sebagai panduan untuk membina  Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)  dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)?



Anda juga boleh dapatkan Standart Kurikulum KSSR di Pusat Perkembangan Kurikulum