Jika dirujuk pada Rancangan Pengajaran Harian yang Cikgu Pen Merah sediakan,
Standart Pembelajaran:
2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua
atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, difgraf dan konsonan bergabung
dengan sebutan yang betul.
atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, difgraf dan konsonan bergabung
dengan sebutan yang betul.
Justeru itu, kali ini CIKGU PEN MERAH akan membantu anda untuk mempelajari apa itu
vokal berganding dan diftong.
vokal berganding dan diftong.
Cikgu Pen Merah berkongsi artikel dari Portal Pendidikan Utusan
ditulis Oleh MUHAMMED SALLEHUDIN AMAN.
Bagaimanakah anda membunyikan (menyebut) perkataan meterai dan mulai?
(a) me. te. rai
(b) me. te. ra. i
(c) mu. lai
(d) mu. la. i
Jika anda memilih jawapan (a) dan (c) bermakna dua huruf vokal ai yang segugus dalam suku kata akhir perkataan-perkataan itu ialah diftong; maka bunyi diftong ai [ ai ] yang dilafazkan. Jikalau jawapan anda (b) dan (d), maka huruf vokal ai dalam suku kata akhir kata meterai dan mulai itu ialah vokal rangkap.
Diftong:
- gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
- terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
- dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.
- Terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi.
- Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi.
* Berdasarkan penelitian terhadap kamus, diftong ai merupakan yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara contohnya:
- Aidilfitri
- baiduri
- meterai
- Aidiladha
- syaitan
- landai
- aising
- zaitun
- tapai
vokal rangkap: perkataan-perkataan seperti dimulai, disukai, dihargai, memurkai, mengurniai, dan menganiayai. Vokal ai dalam kesemua perkataan tersebut merupakan vokal rangkap. Huruf vokal “i” dalam gandingan “ai” itu ialah akhiran “i”. Oleh itu, gugus “ai” dalam suku kata akhir perkataan-perkataan tersebut bukanlah diftong ai.
Contoh perkataan:
- air,
- aur,
- ajaib,
- daun,
- mulai,
- gaun,
- dan eksploit.
vokal itu dapat berdiri sendiri secara terasing. Hal ini dapat diperhatikan apabila kita pecahkan perkataan-perkataan itu menjadi suku kata, iaitu:
a.ir a.ur a.ja.ib da.un ...dan seterusnya.
Sebagai kesimpulannya, deretan vokal itu ialah kewujudan dua bunyi vokal secara berurutan dalam perkataan, dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Deretan vokal itu dinamai huruf vokal rangkap. Antara contoh adalah:
ai: aiskrim cair ghaib sains
au: taun maung kedaung pepauh
oi: koir heroin eksploit eksploitasi
ia: biara piagam sia-sia pianggang
io: ion biola antibiotik Zionis
iu: cium kiub siuman piutang
ua: buai buapak dualisme kuarantin
ui: juita puisi tuil suis
ea: bea gear teater reaktor
eo: neon video geometri ideologi
eu: neurologi neutral neutron reumatik
Dengan mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu dengan betul lagi tepat.
Selain itu mari kita belajar dengan lebih mendalam lagi apa itu DIFTONG
11 comments:
mujur cikgu buat nota ni..senang nk tolong ank buat homework..sy lupa dah maksud diftong..digraf ni semua
alhamdulillah, sgt membantu. terima kasih cikgu.
Terima kasih guru2 laman ini, skrg saya dapat membantu anak mengulangkaji dan memahami dgn mendalam lagi
Terima kasih kerana blog ini membantu saya menyiapkan homework anak semalam. tk
terima kasih la cikgu.... rasanya zaman saya dulu tak ada benda ni. nasib baik ada alat2 canggih mcm ni. boleh gak tolong anak buat kerja sekolah.
terima kasih cikgu.. jasamu tetap dikenang
terima kasih... penerangan ini betul² membantu... thn 80 an dulu mana ada mcm nie semua... huhuhu
Minta semak balik lampiran slide show. Contoh yang diberi dalam muka surat 7 , iaitu diftong tengah didapati kurang tepat. Perkataan-perkataan seperti cair, daun, koir sepatutnya disebut dengan dua suku kata.
Cikgu ~boleh cikgu beritahu saya riang dan ria ~diftong atau vokal berganding? Terima kasih ~cikgu 😀😀
Cikgu ~boleh cikgu beritahu saya riang dan ria ~diftong atau vokal berganding? Terima kasih ~cikgu 😀😀
Alhamdulillah... Terima kasih cikgu...
Post a Comment